Saturday, January 23, 2010

Pemandangan Berwajah Manusia

Nampak tak pemandangan bermuka manusia?


Kalau nampak, kira lah berapa yang ada.

Friday, January 15, 2010

15 Pages Dibuang Dari Wikipedia

Seperti yang kita tahu, Wikipedia..sebuah website percuma dan website yang menggunakan pelbagai bahasa sebagai encyclopedia masa kini. Ianya dilancarkan pada 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger dan menjadi sebuah tempat rujukan yang terbesar masa kini. Wikipedia mempunyai 14 million artikel (3.1 million dalam English) dan semuanya telah dihasilkan oleh para sukarelawan yang ingin kongsi maklumat untuk seluruh manusia sejagat. Hampir semua artikel boleh di ubah suai oleh sesiapa sahaja.

Ramai yang merungut mengatakan bahawa Wikipedia telah delete fakta-fakta yang berguna, berharga dan fakta kontroversi. Untuk entri kali ni, aku dah kumpul 15 artikel yang Wikipedia dah delete.

List of Vietnam War Veterans - Deleted Apr 2, 2008
List of Japanese supporters of the World War II Period - Deleted July 9, 2008
LamboNuni Bank - Deleted Aug 11, 2008
Ireland Palestine Solidarity Campaign Deleted Jun 26, 2008
Giuseppe Said - Deleted May 31, 2008
List of Bong Patents - Deleted July 28, 2008
Axis of Medieval – Deleted March 17, 2008
George McLaughlin (mobster) - Deleted Aug 11, 2008
Alfonso Caycedo - Deleted May 19, 2008
Sovereignty of the United Nations Deleted June 3, 2008
Aluminium Wedge of Aiud - Deleted July 6, 2008
Iraqi Gold - Deleted April 25, 2008
Mike Cabana - Deleted August 21, 2008
Project OPUS - Deleted May 19, 2008
The Dropa Stones - Multiple Deletions

Sunday, January 10, 2010

Hati ke Hati..Ciri-ciri rumah idaman

Salam..entry kali ni mengisahkan ciri-ciri rumah idaman. Disini aku senaraikan 8 ciri utama.

1. Rumah..haish, seronoknya kalau dapat bina rumah tepi laut. Sering mengimpikan rumah kaca sejak kecil lagi. Tetapi, akan ku pastikan kaca itu bukanlah lutsinar, sebaliknya blok kaca yang lebih tebal supaya orang luar tak dapat tengok 'content' dalam rumah. Kalau kemas, takpe gak nak tunjuk2 kan..kalau sebaliknya..huahuah..

2. Perabot..Perabot rekaan pereka Perancis Philippe Patrick Starck menjadi kegemaran ku. FYI, setakat ni baru 2 yang mampu dibeli. InsyaAllah banyak lagi bakal menyusul. Cakap pasal Mr. Starck ni, beliau begitu kreatif dan bijak dalam semua hasil rekaan beliau. Perabot yang dihasilkan memberi kombinasi retri semasa yang memang aku suka. I LIKE..

3. Gaya Hiasan..Semestinya yang kemas dengan menampilkan gaya retro semasa. Bagaimanapun, penataan cahaya memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan gaya hiasan yang diingini.

4. Pereka Hiasan Dalaman..Aku mengagumi Starck. Beliau sangat berbakat dalam menghasilkan interior design. Beliau menggunakan kaedah penataan cahaya sebagai unsur utama dalam menjayakan interiot design yang mantap.

5. Warna..Aku memilih warna-warna yang terang. Pendapat aku, warna terang ni nampak lebih UMPHHHHH!!!..

6. Bilik Tidur..Erm, yang ni mesti 'plan' betul-betul. Aku sukakan bilik tidur yang dihiasi dengan ruangan moden dan kelihatan moden, penuh dengan bantal-bantal besar.

7. Bilik Air..Sebuah akuarium ikan mesti ada dalam bilik air. Bilik air perlu besar. Bersih, dan semestinya wangi.

8. Taman..Aku tertarik taman yang berkonsep Taman Bonsai yang nampak teratur. Pokok bonsai ni boleh dibentuk menjadi pelbagai rupa.

Monday, January 4, 2010

Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama
Pengarah : Afdlin Shauki
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2010
Audio : Surround Sound
Format : 35mm



Info Filem

Pengarah


Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
:
(Scriptwriter)
Lakonan:
:
Ilya (Pelakon Utama)
:
Indra (Pelakon Utama)
:
Iskandar (Pelakon Utama)
:
Old Lady / Queen Devata (Pelakon Pembantu)
:
Sara ( Isteri Indra ) (Pelakon Pembantu)
:
Botak (Pelakon Pembantu)
:
Zak (Pelakon Pembantu)
:
Zaidi (Pelakon Pembantu)
:
Harak (Pelakon Pembantu)
:
Old Man / King Dewata (Pelakon Pembantu)
:
Pemilik Gerai (Pelakon Pembantu)
:
Awek Botak (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Muzik)
:
(Jurukamera)
:
(Gaffer)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Bersama)


Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Sunday, January 3, 2010

Kacang


Seorang paderi melawat seorang mak cik tua di rumahnya. Mak cik tua menawarkan kopi dan mereka duduk di ruang tamu untuk berbual.

Setelah beberapa saat so paderi itu melihat sebuah mangkuk kacang di meja sebelah. Dia bertanya kepada mak cik tua jika dia boleh rasa kacang dalam mangkuk tersebut. Mak cik tua memberitahu tentu saja boleh, silakan.

Selepas beberapa ketika si padero mengambil lagi dan makan lagi kacang tersebut dan mak cik tua hanya tersenyum. Si paderi berkata: Aku makan begitu banyak kacang tanah anda, saya berharap tak mengapa. Mak cik tua menjawab:

Makanlah semua jika tuan inginkan! Aku tidak boleh mengunyah kacang-kacang tu tanpa gigi, jadi aku cuma menghisap lapisan coklat kacang-kacang tu.

Saturday, January 2, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails