Sunday, January 10, 2010

Hati ke Hati..Ciri-ciri rumah idaman

Salam..entry kali ni mengisahkan ciri-ciri rumah idaman. Disini aku senaraikan 8 ciri utama.

1. Rumah..haish, seronoknya kalau dapat bina rumah tepi laut. Sering mengimpikan rumah kaca sejak kecil lagi. Tetapi, akan ku pastikan kaca itu bukanlah lutsinar, sebaliknya blok kaca yang lebih tebal supaya orang luar tak dapat tengok 'content' dalam rumah. Kalau kemas, takpe gak nak tunjuk2 kan..kalau sebaliknya..huahuah..

2. Perabot..Perabot rekaan pereka Perancis Philippe Patrick Starck menjadi kegemaran ku. FYI, setakat ni baru 2 yang mampu dibeli. InsyaAllah banyak lagi bakal menyusul. Cakap pasal Mr. Starck ni, beliau begitu kreatif dan bijak dalam semua hasil rekaan beliau. Perabot yang dihasilkan memberi kombinasi retri semasa yang memang aku suka. I LIKE..

3. Gaya Hiasan..Semestinya yang kemas dengan menampilkan gaya retro semasa. Bagaimanapun, penataan cahaya memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan gaya hiasan yang diingini.

4. Pereka Hiasan Dalaman..Aku mengagumi Starck. Beliau sangat berbakat dalam menghasilkan interior design. Beliau menggunakan kaedah penataan cahaya sebagai unsur utama dalam menjayakan interiot design yang mantap.

5. Warna..Aku memilih warna-warna yang terang. Pendapat aku, warna terang ni nampak lebih UMPHHHHH!!!..

6. Bilik Tidur..Erm, yang ni mesti 'plan' betul-betul. Aku sukakan bilik tidur yang dihiasi dengan ruangan moden dan kelihatan moden, penuh dengan bantal-bantal besar.

7. Bilik Air..Sebuah akuarium ikan mesti ada dalam bilik air. Bilik air perlu besar. Bersih, dan semestinya wangi.

8. Taman..Aku tertarik taman yang berkonsep Taman Bonsai yang nampak teratur. Pokok bonsai ni boleh dibentuk menjadi pelbagai rupa.

0 comments:

Post a Comment

Be my Guest

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails