Friday, December 4, 2009

8 tips Dewasakan Diri


1.Beri ruang pada diri anda untuk mengubah sikap keanak-anakan kepada sikap wanita yang lebih matang. Berjanji pada diri sendiri agar tidak mempamerkan sikap keanak-anakan dan cuba bertindak seperti wanita yang matang dalam segala aspek, pemikirang, tingkahlaku, perbualan dan sebagainya.

2.Jangan ikutkan kata hati dalam setiap tindakan, perlakuan dan perbualan. Pastikan anda dapat melawan kata hati anda sendiri dalam sebarang tindakan. Contohnya jika kata hati anda membisikkan, " Jangan ubah sifat keanakan pada diri, nanti aku akan kehilangan teman. Pastukan anda melawannya dengan membisikkan semula pada diri sendiri, "Tapi orang lain akan membenci sikap saya jika tidak berubah".

3.Anda perlu bergaul dengan teman yang lebih matang. Agak sukar untuk mengubah personaliti ke arah mendawasakannya jika anda masih berada di takuk yang lama, masih memencilkan diri dan tidak berkeberanian untuk mengubah diri.

4.Elakkan memikirkan perkara yang remeh sebaliknya cuba memikirkan perkara yang lebih bersifat global dalam apa jua perbualan seperti pendidikan, rumahtangga, kerjaya, isu dalam negara mahupun luar.

5.Catatkan apakah ciri-ciri yang anda mahu pada diri sendiri dan nyatakan apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan ciri-ciri tersebut. Jangan lupa bertindak. Laksanakannya setiap saat.

6.Kenalpasti halangan-halangan yang ada apabila anda berusaha untuk mengubah diri menjadi insan atau wanita yang di idamkan. Ambil langkah untuk mencegah.

7.Sentiasa dapatkan tindakbalas dari rakan sekerja atau majikan tentang perubahan pada diri anda. Pastikan soalan anda lebih terperinci sifatnya bukan soalan yang berjawapankan 'ya' atau 'tidak'. Sebaliknya, soalan anda perlukan jawapan bersifat huraian dan lebih subjektif. Dari pandangan inilah, anda dapat meningkatkan usaha dan mengambil langkah baru dalam proses menjadi wanita idaman.

8.Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Jangan memaksa diri jika anda tidak mampu melakukannya. Tidak semua harapan dan impian tidak dapat dikecapi dengan mudah biarpun anda telah berusaha gigih untuk mendapatkannya. Yang penting jangan rasa jemu dan cepat mengalah atau 'give up'. Teruskan usaha, pasti berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Be my Guest

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails