Saturday, December 5, 2009

Ibu, bidadari hidupku

Seorang bayi bersiap-siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata kepada diri sendiri; "Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup disana? Aku begitu lemah dan kecil."
Tiba-tiba terdengar satu suara; "Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi mu disana." Bagaimanapun, bayi tersebut berasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing padanya.
"Di sini syurga apa yang aku lakukan hanyalah menyayi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia." Kata bayi dalam nada sedih.
"Jangan bimbang, bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa." Bidadarimu akan memberi perlindungan dengan sepenuh jiwa raga. Dia akan menjaga kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untuk mu."
Pada saat ini, suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi. "Jika harus aku pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadariku di dunia?" "Kamu akan memanggil bidadari mu IBU!".

YA ALLAH..kasihanilah ibuku sebagaimana ibu mengasihaniku dari kecil.

0 comments:

Post a Comment

Be my Guest

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails