Wednesday, June 9, 2010

Najib sokong NGO teruskan misi kemanusiaan Gaza :: nEwbiE bersetuju

Assalamu'alaikum w.b.t..
Alhamdulillah, nEwbiE bersyukur sangat-sangat sebab pemimpin-pemimpin negara kita masih berminat dan bersemangat untuk membantu sahabat & sahabiah, saudara & saudari kita di Gaza. Ketika mendengar satu tazkirah dalam satu kuliah tafaqquh, seorang penuntut bertanya, apakah hukumnya saudara-saudara kita di Palestin memakan makanan haram seperti anjing dan khinzir? "Sheikh yang mengajar menjawab, di manakah perasaan dan keprihatinan kamu terhadap sahabat-sahabat kita disana, mereka hidup menderita dan kamu disini masih lagi dapat menjamah roti dan gandum yang bersih lagi segar. Kehidupan mereka disana ibarat gantung tak bertali, sudah tiada bekalan makanan halal untuk mereka disana, tidakkah kamu seharusnya mengetahui mengenai keaadaan mereka sebelum kamu bertanyakan soalan sedemikian? dimanakah nilai keprihatinan kamu sebagai saudara mereka dengan bertanyakan soalan ini?" nEwbiE dan ahli lain terdiam tunduk kesedihan. Lihatlah sahabat-sahabat sekalian, bahawa kita seharusnya tetap dengan pendirian kita, Islam agama kita. Bantulah saudara kita di sana. Doa.



...Petikan dari Berita harian..
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tetap menyokong program dan usaha organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Amat baik sekiranya NGO bersetuju terus menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot atau kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun.
“Ini supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia,” katanya selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang dibebaskan Israel Sabtu lalu pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini, semalam.
Mereka ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin daripada TV3.

Mereka menaiki kapal MV Rachel Corrie yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza, ditahan selepas tentera Israel mengiringi kapal itu ke Pelabuhan Ashdod tiga hari lalu dan dibebaskan pada Sabtu di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan.

Mereka pulang ke tanah air malam kelmarin.

Najib berkata, misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis yang menghalang misi bantuan di perairan antarabangsa.
“Kita lihat sekarang perubahan pendapat dunia yang sudah memihak kepada rakyat Palestin dan mengutuk kerajaan Israel,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Penasihat Perdana PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, PGPO berusaha mendapatkan kapal misi kemanusiaan itu termasuk kapal MV Rachel Corrie yang mungkin boleh digunakan semula untuk misi bantuan pada masa depan.

“Sekarang, usahanya ialah untuk Kerajaan Turki dan Jordan membantu membebaskan kapal kita,” katanya.

Mengenai rancangan terbaru PGPO, Mukhriz berkata, pertubuhan itu cuba membantu rancangan bekas Ahli Parlimen Britain, George Galore yang ada hubungan rapat dengan Gaza untuk menghantar 60 kapal bantuan ke Gaza. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Be my Guest

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails