Wednesday, June 9, 2010

10 Video Streaming Website Selain YouTube

YouTube adalah sebuah website video streaming yang membolehkan anda menonton video secara online. Selepas laman web YouTube ini mendapat sambutan hangat, laman web seumpamanya pula kian bertambah dari hari ke hari. Tetapi semua website streaming ini dibangunkan dengan tema masing-masing untuk menambat hati pelayar internet. Jadi untuk entry kali ini, aku senaraikan 10 laman web video streaming yang boleh anda cuba selain daripada Youtube. Jika anda tahu Laman Web Video lain yang menarik, jangan lupa kongsi bersama kami di ruangan komen ok.

1.Ustream.tv



2. Sidereel.Com

Bagi anda yang meminati english series seperti Heroes, Prison Break, Ungy Betty, Desperate Houswife, dan pelbagai lagi rancangan bersiri. Laman web ini menyediakannya. Anda boleh menonton secara online kesemua episode yang anda terlepas di sini.



3.Revver.Com

Terdapat pelbagai jenis kategori video yang di muatkan di laman web ini. Dari music, drama, hinggalah ke komedi. Juga dimuatkan video berkonsepkan Tech & Gadget, Auto & Vehicle dan banyak lagi.



4. MetaTube.Com

Metatube menawarkan pelbagai jenis video yang anda boleh tonton secara online. Laman web ini simple dan menarik. Antara video yang menarik seperti Blooper video, Cartoon Video, Boxing Video, Celebrity Video, Anime video dan Funny Video.



5. Metacafe.Com

Laman web ini seakan-akan YouTube tetapi apa yang menarik tetntang web ini adalah paparan videonya lebih besar. Terdapat pelbagai jenis video yang diupload ke website ini. Video dan audionya juga berkualiti.



6. Megavideo.Com

Sesuai dengan nama website ini iaitu Megavideo, saiz paparan videonya juga adalah Mega. Skrin videonya besar dan memenuhi skrin komputer anda. Jadi bagi mereka yang ingin kepuasan menonton video dengan paparan yang besar. Laman ini sangat sesuai. Koleksi videonya juga menarik dan pelbagai.



7. Justin.Tv

Walaupun nama website ini adalah Justin.Tv tetapi ia tidak bermakana hanya video Justin Timberlake saja yang di muatkan di dalam web ini. Terdapat pelbagai Channel yang boleh anda tonton di Justin.Tv dari sosial video hinggalah ke Education video. Slogan bagi Justin.Tv ini adalah ” The Place for Live Video “.



8. Hulu.Com

Hulu.Com merupkan sebuah website percuma untuk menonton video bertemakan TV Show. Malangkan sesetengah video hanya boleh di tonton dari United State sahaja. Walaubagaimanapun terdapat video lain seperti music yang boleh anda layari.



9. Alluc.Org

Interface bagi website ini agak kureng sedikit dan old style. walaubagaimanapun, jangan menilai sesuatu itu dari luaran sahaja kerana terdapat banyak video dan movie yang boleh anda totnton di website ini.



10. Tv.Adobe.Com

Laman ini juga lebih dikenali dengan Adobe Tv dimana ianya di reka khas buat designer, photographer dan yang paling penting adalah pengguna barangan atau software adobe seperti Adobe Photoshop, Ilustrator dan sebagainya. Terdapat juga video tutorial yang menarik sebagai panduan anda.

0 comments:

Post a Comment

Be my Guest

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails